Saturday, 9 August 2014

Berjaya dengan membuat baik dengan Allah

Alhamdulillah kita da berada di minggu kedua Syawal.. mesth dah ada yang start berpuasa 6.. atau dah pun habis, Alhamdulillah.. yeay!! Raya lagi!!!! Hehe. Izzah pulak yang gembira.. Tahniah semua berjaya berpuasa even byk dugaan raya-raya ni.
 
  Hah macam mana results exam semester lepas? As i knew, semua universiti dah dapat results masing-masing. Ada yang dapat sebelum raya, ada yang dapat lepas raya. Yang dapat lepas raya, tu blh berhappy or berjimba dulu masa raya. Bagi kami yang dapat sblm raya ni? Huhu Tuhan je yang tahu. Berdebor bak hang. Sebelum bukak results, pikir dah ni kalau results teruk, xnak beraya. Mogok la ni.. padahal usaha diri sendiri.. menyesal tak guna. Lepas dah buka results, Alhamdulillah terima kasih atas pemberian Allah.

  Sebenarnya setiap naik turun results kita adalah effects hubungan kita dengan Tuhan. Siyes! Hehe. Betul, sebenarnya bukan hanya 100% hasil usaha kita je. Usaha, Doa, dan Tawakal. Pernah dengarkan. Ya da terbukti berdasarkan surah al-Ankabut, Ayat 069.

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

KAN! KAN!
  Sebabtu bila dapat results teruk pada semester tersebut, izzah tahu banyak kelemahan dah dilakukan. Mengejar kejayaan macam mana sekalipun, bersengkang mata sampai subuh ke, tapi kalau hubungan kita dengan Allah tak baik, results kita tak akan dapat baik. Kalau yang dapat baik, Allah tengah menguji kesyukuran dan kesedaran kita. Ok.. renung-renungkan~

No comments:

Post a Comment