Kahwin?
Bila nak kahwin? Bila lagi?
Oklah. Topik ni saya tak berapa terbuka untuk tulis, (tapi makan lauk kenduri saya open je untuk orang jemput. Serius sedap weh!) Selalu ke kena soalan cepuk cemas ni. Ala tapi tak ada la sampai kena minta ambulans ke jpam nak dapatkan pertolongan cemas tu. Jawapan yang selalu saya bagi bila orang tanya, saya jawab, INSHA ALLAAAAH! (sila panjangkan harkat Allah tu, boleh berzikir skali kan) dengan sambungannya lagi. Kalau nak buat hal lagi, kau goreng je lah ayat-ayat cia cia yang berlambak kat luar tu. Budak sekolah pun dah pandai buat buku ayat-ayat punchline.
Tapi janganlah bila balik, kita kenang nasib bilalah nak kahwin sambil buka lagu sedih-sedih, lagu hindustan, nangis sambil gentel ujung bantal, tak payah! Cicak pun geli.
Bila soal jodoh ni, jangan tanya Allah, bilalah aku nak kahwin, bilalah aku nak bertemu jodoh. Tapi selalulah berdoa pada Allah kita dipertemukan jodoh yang sesuai dengan kita. Dalam masa yang sama, kita banyakkan lah ingat dia.. Zikir-zikir ke, baca surah-surah ke, solat tahajud ke. Tu semua pun kunci rezeki kita. Rezeki ni luas. Mungkin Allah tak bagi kita rezeki jodoh kahwin dulu, tapi Allah bagi kita jodoh dengan orang-orang yang baik disekeliling kita, keluarga yang baik, jodoh dapat tempat kerja yang baik.
Tapi kena ingat juga, kita buat baik dengan Allah sebab nak rapat dengan Allah ke, atau sebab nak dapat jodoh? Allah lebih tahu niat kita. Ada je kawan yang ada pengalaman tengah bercinta, dia selalu buat solat hajat, banyak zikir. Tapi Allah tarik juga cinta hati dia. Lama nak move on. Lepas tu baru dia terfikir, Allah tahu niat dia buat baik bukan sepenuhnya untuk Allah.
Tapi ramai je kan kita dengar, bila dia berubah kearah kebaikan, Allah hadirkan pasangan hidup untuk dia yang sesuai untuk dia tanpa dia duga.
Insha Allah yakin je jodoh yang Allah akan sediakan untuk kita. Kalau rasa tak syabar sangat hati nak kahwin, ce cuba buat istikharah. Mungkin Allah bagi tengok siapa jodoh kita. Kalau Allah tak bagi tengok jodoh pun, Allah bagi 'plan' untuk kita, mana satu yang patut kita dulukan, mana yang Allah nak bagi dulu. Jadi mungkin ada perasaan sabar sikit untuk kita pujuk diri sendiri. Kan betul tak?
Hehe saya tak terbuka untuk cerita tentang jodoh ni, sebab yelah saya pun tak kahwin lagi.. Sebab saya tahu, rezeki orang ni berbeza. Jangan rasa cemburu dengan orang yang nak kahwin atau yang dah kahwin. Banyak benda yang Allah bagi kita peluang sebelum kahwin ni. Contohnya peluang nak bayar hutang PTPTN ke... Huahuahua
Kbai.