ding dong... Assalamualaikum.. jumpa lagi ^^... selepas 3 minggu menjalani sesi kuliahan dan tutorialan, minggu ni nama penyelia untuk projek penyelidikan 1 disenaraikan.. Alhamdulillah even xkenalpun lagi siapa lecturer tuh..mereka2 kata pensyarah baru... Hopefully dapat kerjasama dengan baik lah.. dalam masa yang sama, pelbagai dugaan kami pelajar terima... nama pun pelajar, belajar benda-benda baru, masalah-masalah baru.. dengan cabaran pembangunan dan hamba-hamba Allah yang mementingkan kuantiti (means harta benda),menyukarkan perjalanan hidup sebagai pelajar...dalam xsedar kita diuji Tuhan.. Semua terlibat dalam 'peperiksaan' ini. Pihak atasan Allah uji tentang kematangan dan kejujuran dalam menjalankan tugas, pelajar di uji dengan kesabaran dalam menjalani masalah. Biasalahkan, xadapun kesenangan dalam menunut ilmu. Menuntut ilmu ibarat di bidang perang. Tanpa hati cekal dimasak dengan semangat direnekkan dengan usaha yang kental dan di bubuh perisa tawakal kepada Allah dengan memohon agar Tuhan melancarkan segala urusan, pelajar pasti rebah di pertengahan jalan. Rebah di medan perang ni, bukan direct maksud jatuh ataupun mati; tetapi secara halusnya diibaratkan mudah marah, mudah putus asa, mudah melupakan Tuhan. Ingatlah, dalam setiap perbuatan dan masalah yang kita ada, dahulukan lah Tuhan kita. Misalnya kita marah terhadap orang yang salah laku dengan bertubi- tubi ayat maki, ayat tak puas hati, agak-agak Allah benci ke Allah suka?? Sebelum kita selesaikan masalah, adakah kita minta petunjuk daripada Allah untuk memudahkan segala urusan kita???
Firman Allah SWT dalam surah al-A`raf ayat 96 bermaksud,“ Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” Dan firman Allah SWT lagi dalam surah al-Talaq ayat 1-3 yang disebut juga sebagai ayat seribu dinar memberi maksud,”....dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya.....
Renung-renungkan daln selamat beramal