Terokai Lubuk Rezeki
Monday, 5 March 2018
Kahwin ke tu???
Bila nak kahwin? Bila lagi?
Oklah. Topik ni saya tak berapa terbuka untuk tulis, (tapi makan lauk kenduri saya open je untuk orang jemput. Serius sedap weh!) Selalu ke kena soalan cepuk cemas ni. Ala tapi tak ada la sampai kena minta ambulans ke jpam nak dapatkan pertolongan cemas tu. Jawapan yang selalu saya bagi bila orang tanya, saya jawab, INSHA ALLAAAAH! (sila panjangkan harkat Allah tu, boleh berzikir skali kan) dengan sambungannya lagi. Kalau nak buat hal lagi, kau goreng je lah ayat-ayat cia cia yang berlambak kat luar tu. Budak sekolah pun dah pandai buat buku ayat-ayat punchline.
Tapi janganlah bila balik, kita kenang nasib bilalah nak kahwin sambil buka lagu sedih-sedih, lagu hindustan, nangis sambil gentel ujung bantal, tak payah! Cicak pun geli.
Bila soal jodoh ni, jangan tanya Allah, bilalah aku nak kahwin, bilalah aku nak bertemu jodoh. Tapi selalulah berdoa pada Allah kita dipertemukan jodoh yang sesuai dengan kita. Dalam masa yang sama, kita banyakkan lah ingat dia.. Zikir-zikir ke, baca surah-surah ke, solat tahajud ke. Tu semua pun kunci rezeki kita. Rezeki ni luas. Mungkin Allah tak bagi kita rezeki jodoh kahwin dulu, tapi Allah bagi kita jodoh dengan orang-orang yang baik disekeliling kita, keluarga yang baik, jodoh dapat tempat kerja yang baik.
Tapi kena ingat juga, kita buat baik dengan Allah sebab nak rapat dengan Allah ke, atau sebab nak dapat jodoh? Allah lebih tahu niat kita. Ada je kawan yang ada pengalaman tengah bercinta, dia selalu buat solat hajat, banyak zikir. Tapi Allah tarik juga cinta hati dia. Lama nak move on. Lepas tu baru dia terfikir, Allah tahu niat dia buat baik bukan sepenuhnya untuk Allah.
Tapi ramai je kan kita dengar, bila dia berubah kearah kebaikan, Allah hadirkan pasangan hidup untuk dia yang sesuai untuk dia tanpa dia duga.
Insha Allah yakin je jodoh yang Allah akan sediakan untuk kita. Kalau rasa tak syabar sangat hati nak kahwin, ce cuba buat istikharah. Mungkin Allah bagi tengok siapa jodoh kita. Kalau Allah tak bagi tengok jodoh pun, Allah bagi 'plan' untuk kita, mana satu yang patut kita dulukan, mana yang Allah nak bagi dulu. Jadi mungkin ada perasaan sabar sikit untuk kita pujuk diri sendiri. Kan betul tak?
Hehe saya tak terbuka untuk cerita tentang jodoh ni, sebab yelah saya pun tak kahwin lagi.. Sebab saya tahu, rezeki orang ni berbeza. Jangan rasa cemburu dengan orang yang nak kahwin atau yang dah kahwin. Banyak benda yang Allah bagi kita peluang sebelum kahwin ni. Contohnya peluang nak bayar hutang PTPTN ke... Huahuahua
Kbai.
Saturday, 9 August 2014
Berjaya dengan membuat baik dengan Allah
Alhamdulillah kita da berada di minggu kedua Syawal.. mesth dah ada yang start berpuasa 6.. atau dah pun habis, Alhamdulillah.. yeay!! Raya lagi!!!! Hehe. Izzah pulak yang gembira.. Tahniah semua berjaya berpuasa even byk dugaan raya-raya ni.
Hah macam mana results exam semester lepas? As i knew, semua universiti dah dapat results masing-masing. Ada yang dapat sebelum raya, ada yang dapat lepas raya. Yang dapat lepas raya, tu blh berhappy or berjimba dulu masa raya. Bagi kami yang dapat sblm raya ni? Huhu Tuhan je yang tahu. Berdebor bak hang. Sebelum bukak results, pikir dah ni kalau results teruk, xnak beraya. Mogok la ni.. padahal usaha diri sendiri.. menyesal tak guna. Lepas dah buka results, Alhamdulillah terima kasih atas pemberian Allah.
Sebenarnya setiap naik turun results kita adalah effects hubungan kita dengan Tuhan. Siyes! Hehe. Betul, sebenarnya bukan hanya 100% hasil usaha kita je. Usaha, Doa, dan Tawakal. Pernah dengarkan. Ya da terbukti berdasarkan surah al-Ankabut, Ayat 069.
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
KAN! KAN!
Sebabtu bila dapat results teruk pada semester tersebut, izzah tahu banyak kelemahan dah dilakukan. Mengejar kejayaan macam mana sekalipun, bersengkang mata sampai subuh ke, tapi kalau hubungan kita dengan Allah tak baik, results kita tak akan dapat baik. Kalau yang dapat baik, Allah tengah menguji kesyukuran dan kesedaran kita. Ok.. renung-renungkan~
Monday, 28 July 2014
Raya dengan maixara c-essential??
Macam mana dengan sambuatan raya kalian? Harap-harap dalam keadaan yang meriah dalam kesederhanaan. Kami sekeluarga pun raya biasa-biasa je.. mungkin suasana di Malaysia dan juga di seluruh dunia sedang berada dalam kesedihan. Pepepangan di Gaza dan juga kematian penumpang dan anak kapal pesawat MI17. Marilah kita sama-sama doakan agar para pejuang Islam di Gaza di bantu oleh Allah dan menentang tentera yahudi hingga syahid.
Ok kali ni saya nak promote sikit produk yg saya telah consume beberapa bulan ( jarak antara botol pun sebulan nk tggu botol lain) he.. bukan apa.. ramai da tegur perubahan pada muka.. makin putih( ye kot) xtaulah.. diri sendiri tak rasa pun..

Saya biasa guna yang ni, tapi sekarang dah tampil imej baru.
Ok.. ni la produk antara yang best yang pernah saya guna. Best! Kenapa saya cakap camtu? Pertamanya dia sedap, rasa strawberi.. hehe.pulak! Lagipun.. dya keluaran orang melayu. Jadi dijamin halal.
Saya da guna produk ni 3 botol. Tp jarak 1 botol tu, sebulan jugaklah..hehe.. student kan.. agak mahal la nak guna tiap2 bulan.. tapi kalau da bekerja, maybe boleh guna tiap-tiap bulan. Harga dia takdalah mahal sangat pun, biasa RM75-90 boleh dapatlah depend peniaga tu. Penggunaannya berbeza tiap-tiap orang. Dalam botol ada 60 tablet. Ada yg guna sehari 1biji, ada guna 2biji sehari.. nak jimat, ambillah sebiji sehari.
Ok saya nak story apa yg best. Macam explanation bagitahu, maixara c-essential ni boleh pudarkan parut jerawat mahupun parut berlubang. Tapi untuk parut berlubang agak lama untuk pudar. Mengikut keadaan kulit. Semua ni sebab kolagen yang ada kt dalam bahan maixara c-essential. Fungsi kolagen adalah untuk menggantikan sel-sel kulit mati dengan sel-sel baru. Lagipun maixara c-essential ni ada glutatione, antara agen anti oksida yang tinggi yang boleh membantu meremajakan kulit. That's why ada orang tegur saya kulit muka saya ada perubahan. Agak putih daripada sebelum ni. Memang maixara c-essential ni main function dia untuk putih, tapi saya lebih pentingkan parut jerawat berlubang. Siapa yang nak express kesannya, boleh tambah supplement yang ada vitamin E.. iktlah nak consume jenama apa pun.. berdasarkan kemampuan. Lagipun dalam ni dah ada vitamin C yang sedia maklum antara agen kecantikan muka. Produk ni boleh makan time period. Untungkan? Xdalah jarak makan lama-lama.
Tuesday, 4 March 2014
Penyelidikan sedang diselidik~~~
Tuesday, 18 February 2014
Entry Pertama ceq
Bukan apa berminat jgak menulis-nulis bolg ni best tp kekangan masa yang sikit susah untuk ceq nk bukak n update entry.... apa-apa pun hopefully blog ni akan terbukak untuk sem ni memandangkan sem ni sem ringan.. InsyaAllah

